- Jimatkan penggunaan tenaga di rumah dan di pejabat, padamkan lampu dan alat-alat elektronik seperti televisyen, komputer dan alat pencetak yang tidak mustahak. Penggunaan mod standby akan meningkatkan penggunaan bekalan elektrik sebanyak 5-13%[3].
- Amalkan pengitaran semula. Dalam pengurusan sisa pepejal, sentiasa ingatkan tafsir 3R, iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna semula) dan Recycle (Kitar semula). Asingkan bahan boleh dikitar semula daripada sampah-sarap yang lain supaya sisa pepejal yang perlu dihantar ke tempat pembuangan boleh dikurangkan.
- Kurangkan penggunaan beg plastik kerana ia memakan masa yang lama untuk dibiodegradasi.
- Sentiasa menggunakan bekas makanan yang boleh dicuci, elakkan bekas polistirena.
- Sediakan mug atau air botol yang boleh diguna lagi. 80% air botol plastik boleh dikitar semula tetapi hanya 20% sahaja yang akhirnya dikitarsemula [4].
- Jimatkan penggunaan kertas. Amalan ini boleh selamatkan sumber hutan.
- Tanam pokok.
- Jimat air dan simpan air hujan.
- Menjadi peniaga dan konsumer yang cekap dan bertanggungjawab. Konsumer harus bertabiat menyemak label produk semasa membeli-belah. Pilih produk yang tidak menggunakan pembungkusan terlampau (over-packaging) dan mesra alam.
- Berjalan atau berbasikal ke destinasi yang dekat dan gunakan kenderaan awam jika boleh.
- Sisa organik boleh dibuat kompos untuk diguna sebagai baja untuk tanaman.
- Pembakaran terbuka adalah dilarang
- Elakkan pembaziran makanan. Ini akan dapat mengurangkan pelepasan gas CO2 yang dikaitkan dengan proses pengeluaran dan pengangkutan makanan [5].
- Berkongsi kenderaan (carpool) [6].
- Belilah barangan buatan tempatan [7].
- Mengurangkan penggunaan aplikasi spin-dry mesin basuh dan menggantungkan pakaian di bawah matahari [8].
- Bersenam di taman rekreasi berdekatan daripada menggunakan treadmill [9].
- Menggunakan lampu jimat elektrik [10].
- Shut down komputer semasa waktu rehat dan sebelum balik daripada pejabat [11].
- Mengurangkan berat bagasi semasa menaiki kapal terbang [12].
[2] Business Times (22 Mei 2009). http://www.ytlcommunity.com/climatechange/
[3] YTL Climate Change Week. http://www.ytlcommunity.com/climatechange/
[4] World Environment Day 2009, http://www.unep.org/wed/2009/english/content/tips.asp
[5] YTL Climate Change Week. http://www.ytlcommunity.com/climatechange/
[6] YTL Climate Change Week. http://www.ytlcommunity.com/climatechange/
[7] YTL Climate Change Week. http://www.ytlcommunity.com/climatechange/
[8] United Nations Environment Programme (UNEP). http://www.unep.org/themes/climatechange/Todo/index.asp
[9] UNEP. http://www.unep.org/themes/climatechange/Todo/index.asp
[10] UNEP. http://www.unep.org/themes/climatechange/Todo/index.asp
[11] UNEP. http://www.unep.org/themes/climatechange/Todo/index.asp
[12] UNEP. http://www.unep.org/themes/climatechange/Todo/index.asp
Article Source
0 green notes:
Post a Comment